Lebuhraya SPRINT (Hubungan Damansara): Penutupan Sementara Jalan Susur Ke Kiara/ Intan Dan Hartamas

22 Dec 2016

Sila ambil perhatian, jalan susur ke Kiara/ Intan/ Hartamas dari arah LDP/ NKVE/ Damansara ditutup sementara untuk kerja-kerja penyenggaraan segera yang tidak dapat dielakkan. Justeru, trafik dari arah tersebut akan dilencongkan ke Persimpangan Maarof untuk membuat pusingan-U.

Bagi pengguna lebuh raya dari arah Kepong/ Penchala/ Damansara Perdana/ Bandar Utama pula, sila gunakan Hubungan Penchala untuk menghala ke Hartamas/ Intan dan Kiara. Sila patuhi arahan papan tanda dan Peronda dilokasi.

Untuk maklumat trafik, sila hubungi Talian Bantuan SPRINT di 03-7494 7333.

Back to Highlights