Kerja-kerja penyenggaraan pada jejantas di KM2.1 arah Timur, Hubungan Damansara

29 Sep 2020

Perhatian pengguna SPRINT!

Pihak SPRINT akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan pada jejantas di KM2.1 arah Timur, Hubungan Damansara pada 30/9/2020 dr jam 00:01 – 06:00.

Trafik dari jalan susur dari arah LDP (SS2/ Damansara Utama) menghala ke Pusat Bandar Damansara / Kuala Lumpur akan dilencongkan ke kiri untuk membuat pusingan-U di hadapan bangunan GLO Damansara.

Pengguna lebuh raya yang terlibat dinasihatkan untuk mematuhi arahan papan tanda lencongan trafik demi keselamatan anda.

Untuk maklumat trafik, sila hubungi Talian Bantuan SPRINT di 03 74947333.

Harap maklum.

Terima kasih,

Back to Highlights