LEBUHRAYA DAMANSARA-PUCHONG (LDP) DIPILIH SEBAGAI LEBUHRAYA SISTEM TOL TERBUKA TERBAIK OLEH MIROS

13 Aug 2020

Subang Jaya – Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd LITRAK pengendali Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) telah mendapat pengiktirafan Sijil Penarafan MyExpressway MIROS daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

En. Sazally Bin Saidi, Ketua Pegawai Eksekutif LITRAK, telah menerima sijil tersebut daripada Ketua Pengarah MIROS, Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kasim.

Pengikhtirafan ini meletakkan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sebagai lebuh raya berprestasi baik yang berpotensi tinggi untuk mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah yang berdasarkan indeks kematian yang rendah serta reka bentuk persekitaran dan operasi trafik yang optimum dari aspek keselamatan jalan raya.

Selain LITRAK, SPRINT juga menduduki 5 ranking teratas untuk kategori lebuh raya jenis sistem tol terbuka berprestasi baik. Ranking yang diberikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) ini dapat mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan konsesi lebuh raya untuk memperbaiki mutu jalan raya dari semasa ke semasa.

Back to Highlights