Sambutan Hari Raya Korban Kumpulan LITRAK Tahun 2010

17 Nov 2010

129012308729

IBADAH korban merupakan satu medium yang cukup baik dalam mempereratkan lagi jalinan kemesraan dan kasih sayang sesama masyarakat. Bagi mereka yang berkemampuan melakukan ibadat korban ini akan mengagih-agihkan sebahagian daging korban kepada golongan yang kurang bernasib baik terutamanya fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan seumpamanya.

Kumpulan LITRAK turut tidak melepaskan peluang untuk mengadakan sambutan Hari Raya Korban pada tahun ini iaitu di Surau Ad-Madrasatul Hafiziah di Taman Bukit Kuchai, Puchong sebagai meneruskan tradisi pada tahun-tahun lepas. Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen tahunan Kumpulan LITRAK yang telah dirancangkan untuk sepanjang tahun 2010.

Pada majlis ini, Kumpulan LITRAK menyumbang 2 ekor lembu kepada kariah Surau Ad-Madrasatul Hafiziah yang turut dimeriahkan dengan kehadiran penduduk-penduduk kampung dan taman perumahan sekitar.

Back to CSR